"Jangan kau pergi ke tandas tu malam-malam buta. Ada benda lain guna waktu malam" Ujar Cik Yah ke anak saudaranya Razman untuk kali yang ke entah ke berapa ribu. Panas telinga Razman.
"Orang tahulah Ocik. Alaahh"
Razman tahu bahaya tandas itu. Itu bukan sembarangan tandas yang hanya berisi najis. Kata orang ada emas terbenam di bawah timbunan najis. Tandas itu letaknya lebih kurang 200 meter dari rumah Cik Yah. Sebab emas itu lah Razman pulang ke kampung.
Razman kaki judi. Kalau ada peribahasa tubuh judi nescaya lebih sesuai buat Razman jika mahu dibandingkan denga peribahasa kaki judi. Apakan daya tak ada peribahasa sedemikian. Manakan tidak. Pagi petang siang malam berjudi. Macam-macam jenis judinya. Tikam nombor. Mahjung. Poker. Namakan. Apa sahaja jenis perjudian pasti ada Razman. Gelarannya di KL Razman Tak Ada Pedoman atau singkatannya RaTAP. Meratap la jugak dia kadang-kadang bila kalah judi.
Dua hari lepas Razman kalah teruk. Selalu sahaja nasib menyebelahi dirinya tapi entah kenapa hari itu Razman rasa serupa Bad Luck Brian. Kekalahanya tiada penghujung. Razman hilang semuanya. Dari hujung rambut ke hujung kaki. Keliling pinggang yang dulunya bertali pinggang penuh intan berlian hasil judi kini cuma tinggal tali yang dibuat dari batang pisang.
"Eleh tali ni lagi bagus buat tali pinggang. Tahan lama." Katanya berseloroh setiap kali ditanya perihal tali pinggangnya yang cukup eksotik.
Razman belum serik. Dia mahu berjudi lagi. Dia mahu menang besar. Kalau dia berjaya dapatkan emas di dasar tandas itu dia mahu pertaruhkan semuanya. Dia mahu kaya-raya dengan mudah.
Sedang si Razman asyik merenung langit sambil berangan diiringi lagu Kalau Aku Kaya nyanyian Altimet dan Awi Rafael, datang Cik Yah menyergah.
"Eh engkau ni balik kampung buat apa? Kau nak korek tandas tu cari emas nak buat judi pulak?"
"Takda ah Ocik. Orang penat la nak mempertaruhkan nasib. Nak menikmati pemandangan kampung haa. Indah permai. Macam Ocik ah. Senang mata memandang" Ampu Razman.
"Eleh engkau ingat Ocik nak makan puji kau tu? Bukan Ocik tak kenal engkau. Perangai serupa setan"
Adaaa saja cercaan Cik Yah. Razman masih berfikiran rasional. Dia diamkan.
"Kalau aku kaya nanti aku tak belanja engkau makan steamboat engkau tengok la." ujar Razman dalam hati.
Hari sudah petang. Malam ini akan dimulakan misi mendapatkan emas yang telah lama Razman rancang. Razman persetankan Asar dan terus menuju ke bilik untuk berehat sebagai persediaan malam ini.
"Eh nak pergi mana tu? Lepas Asar tak elok tidur. Orang kata nanti jadi bangang"
"Ah orang penat ah Ocik. Orang nak tidur"
"Ah lantak engkau lah. Engkau dah la memang bangang. Tidur lepas Asar makin bangang jadinya. Pergi lah engkau"
Emas yang terbenam di dalam tandas itu bukan boleh dikorek senang senang. Kata orang, bila malam menjelma si peminta emas perlu tunggu di dalam tandas tu. Tunggu penunggunya si BerakSerak. Berunding dengan si BerakSerak dulu baru bila sudah beroleh kebenaran baru boleh mula mengorek. Kata sesetengah orang beri sedikit darah untuk si BerakSerak. Tunggu sampai si BerakSerak keluarkan najisnya. Najisnya itu lah emas sebenarnya. Pengotor betul!
"Persetankan si BerakSerak. Aku nak emas aku. Dia dengan najis dia boleh go to hell" Berseloroh Razman acah acah band muet nya level 6.
Masa yang ditunggu Razman telah tiba. Pukul 3.07 pagi. Masa setan riuh membuat perkara celaka.
Perlahan Razman keluar dari Rumah Ociknya menuju ke tandas yang kedudukanya menghampiri hutan semak.
"Mampus engkau lah setan aku nak emas aku" Bisik Razman sambil membuka pintu tandas untuk masuk. Elok dikopaknya daun pintu tandas tersebut Razman gelabah. Satu susuk tubuh kurus berambut panjang sedang duduk bertinggung dengan tangannya di lutut sambil memandang mangkuk tandas.
"Cu nak apa malam malam buta kacau atuk berak ni?" Ujar susuk tersebut dengan suara serak serak basah. Sedap suaranya kalau perempuan pasti sudah boleh menggoda penulis.
"Si-si-si BerakSerak!" Razman menggelabah. Dalam kegelabahkambingnya itu Razman tendang kepala si BerakSerak.
"Ce-celaka aku nak emas aku jangan kacau aku la!" Jerkah Razman dengan nafasnya yang terasa berat.
"Aduuh sakit ler cu. Nak mintak barang mintak la elok-elok. Bangang ke engkau ni?" Tanya si BerakSerak mungkin sakit hati lebih dari sakit kepalanya ditendang. Penunggu pun ada maruah.
Teringat Razman akan kata-kata Ociknya petang tadi. Mungkin ada benarnya dia bangang sebab selalu sangat tidur petang.
"Eh cakap orang setan pulak. Dia yang setan" Balas Razman selamba.
"Ya lah nah lah. Engkau korek lah. Ada kat bawah tahi ni. Nak korek ada syarat. Korek kena pakai mulut. Kalau pakai besi dia ada chemical reaction ha karang dia jadi tahi ja tak jadi emas"
"Eh pandai kau nak ajar aku chemistry hekeleh. Pergi mampus la! Aku korek pakai penyodok ni. Penat aku bawak dari KL sampai sini lepastu tak guna tau!" Kata Razman yang sememangnya bangang subjek Kimia.
"Engkau ni eish adab mana adab. Celaka ajaaa yang keluar dari mulut kau. Kerabat aku suka la engkau orang perangai macam kau. Perangai setan. He he he he he he"
Sepuluh saat si BerakSerak mngilai terus dia hilang dari pandangan
Razman menghela nafas lega. Hajatnya sudah tiada halangan. Terus dikoreknya lubang tandas tersebut. Makin dikorek makin dalam. Tanpa sedar hari sudah pagi. Razman persetankan.
"Asalkan aku dapat emas aku. Dah dapat aku shoot terus balik KL"
Razman terus menggali. Dan menggali. Dan menggali. Tanpa henti
"Mana Razman?" Keliling kampung Ocik cari tetap tiada petunjuk. Razman hilang. Telah dicari namun tiada berjumpa. Telah dicari di tandas yang menjadi obsesi tetap tidak ditemui.
"Dah balik ke KL agaknya. Bertuah punya budak. Boleh pulak dia tinggal kereta dia depan rumah aku. Menyemak betul!"
Di dimensi satu lagi Razman masih lagi menggali dan menggali. Tanpa henti. Razman sudah jadi hamba abdi si BerakSerak untuk menggali, meluaskan lagi ruang tahinya.
Tamat
No comments:
Post a Comment